Sunday 30 August 2015

Punca-Punca berlakunya Pemerdagangan Orang

Punca-Punca berlakunya Pemerdagangan Orang

1.      Kekurangan peluang pekerjaan di dearah asal.
2.      Kelemahan penguatkuasaan undang-undang di dalam suatu kerajaan.
3.      Pertumbuhan ekonomi yang tinggi di dearah atau tempat yang dituju.
4.      Peningkatan permintaan dari segi tenaga kerja dari luar dearah atau wilayah .
5.      Kekurangan pekerjaan yang formal khususnya bagi wanita.
6.      Peluang pendidikan yang rendah yang tidak sama rata antara kanak-kanak perempuan dengan lelaki di kawasan Bandar dan luar Bandar.Pada kebiasaanya, di kawasan kampung taraf pendidikanya adalah rendah jika dibandingkan dengan bandar-bandar yang maju.
7.      Ramai kanak-kanak tidak mempunyai dokumen atau sijil kelahiran yang sah lebih mudah menjadi mangsa.
8.      Budaya yang tidak menyebelahi kepentingan kaum wanita dan kanak-kanak .Sebagai contoh , lelaki lebih mempunyai keutamaan menjawat jawatan dalam pekerjaan polis jika dibandingkan dengan wanita.
9.      Konflik dan bencana yang menyebabkan ramai wanita dan kanak-kanak menjadi magsa dan mudah terperangkap dalam kegiatan pemerdagangan manusia.
10.   Kerajaan kurang memberi perihatian terhadap perlindungan pekerja migran.
11.   Tawaran gaji yang lebih lumayan di dearah yang ingin dituju berbanding dengan dearah asalnya.
12.   Peningkatan sector industri yang membawa kepada kewujudan tempat-tempat hiburan dan industri seks komersial.


Video ini dibuat oleh kumpulan kami tentang isu pemerdagangan manusia.





RUJUKAN:


Langkah Mengatasi Isu Pemerdagangan Manusia

Langkah Mengatasi Isu Pemerdagangan Manusia

1.Pengelanan Akta Antipemerdagangan Orang 2007 (Akta 670)
a)      Jika seseorang memperdagangkan orang yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud ekploitasi dia akan dipenjarakan tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda.
b)      Jika seeorang mendapatkan kentungan daripada pengeksploitasian orang yang diperdagangkan,dia juga akan dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada RM50000 tetapi tidak melebihi RM50000
2.Pemberian Peringatan Awal.
a)      Memberi peringatan awal kepada masyarakat dengan mengedarkan poster dan risalah tentang  antipemerdagangan orang.
b)      Mengingatkan masyarakat menggunakan khidmat pihak berkuasa dan sukarelawan
c)      Melancarkan kempen-kempen kesedaran



3.Kerjasama dengan negara jiran.
a)      Mengadakan program kerjasama antara kerajaan di rantau ASEAN.
b)      Menangani isu ini dengan keadah mengatasi penyeludupan dan mengetahui negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia.

c)      Menjalani opersi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran di sempadan perairan negara.
d)      Negara Malaysia jiga perlu berkongsi maklumat dengan negara jiran tanang taktik, lokasi dan negara pembekal sumber.
e)      Hal ini dilakukan supaya “lubang-lubang tikus”ini dapat dikenal pasti secepat mungkin.
f)       Malaysia dan Australia misalnya telah bekerjasama untuk meningkatkan kerjasama bagi membanteras sindiket penyeludupan manusia melalui keadah diplomatik
g)      Operasi yang berkesan dijalankan dengan negara-negara jitan seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.
h)      Kerjasama menerusi pertukaran maklumat dalam usaha menangani isu ini terutama dari aspek bentuk serta keadah penyeludupan.
i)       Mengenal pasti negara mana yang dijadikan tempat transit utama penyeludupan manusia.
j)       Kerjasama di peringat sempadan perairan negara dengan menjalankan operasi rondaan secara berjadual dan intensif oleh pasukan keselamatan Malaysia dengan negara-negara jiran.

RUJUKAN:


ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Isu pemerdagangan manusia menjadi isu hangat diperkatakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kawasan serantau Asia Tenggara.Banyak kejadian pemerdagangan berlaku di rantau Asia Tenggara seperti permindahan organ, permedagangan bayi, hamba abdi, pelacuran dan kerja melebihi had kemanusiaan.
Jabatan Negara Amerika Syarikat menyenaraikan beberapa tahap-tahap keselamatan Negara tentang penyeludupan atau pemerdagangan manusia dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Mengenai Penyeludupan Manusia.
a)      Tahap satu merujuk kepada pematuhan sepenuhnya.
b)      Tahap dua pula bagi usaha yang signifikan untuk mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA).
c)      Tahap Tiga adalah negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

Pada 17 Jun 2009 dalam Laporan Penyeludupan Manusia  2009 Amerika Syarikat-Malaysia bersama-sama 16 negara lain seperti Zimbabwe, Sudan dan Arab Saudi disenaraihitamkan. Malaysia adalah salah satu daripada lima negara ASEAN yang disenarai hitam selain Myanmar, Papua New Guinea ,Fiji dan Korea Utara. Amerika Syarikat menyatakan Malaysia berada pada Dua di dalam Laporan Permerdagangan dan Keganasan (TVPA).Pada tahun 2010 , Amerika Syarikat meletakkan Malaysia pada tahap tiga dalam menangani masalah jenayah pemerdagangan manusia.Laporan TIP menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan tahap pematuhan standard minimum bagi memerangi aktiviti permerdagangan manusia.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2012 kerajaan Malaysia dikatakan sangat prihatian tentang isu permerdagangan manusia, mengambil pelbagai langkah termasuk meningkatkan siasatan dan mendakwa mereka yang terbabit dalam kes seumpama itu serta menambah latihan pegawai yng terbabit dalam pencegahan dan siasatan.

Laporan Permedagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan kegiatan perdagangan manusia membawa keuntungan antara  AS$1bilion hingga  AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion )setahun .

Malaysia diiktiraf sentiasa komited untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia , termasuk menggubal Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan mewujudkankan Majlis Antipemerdagangan Orang dengan lima jawatankuasa tetap.Kerajaan Malaysia mengambil langkah merangka Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2010-2015 dengan memperketatkan kawalan di sempadan nagara dan mengenal pasti agensi kerajaan serta pihak berkepentingan untuk membasmi jenayah itu secara bersepadu.
5 agensi pembanteras permerdagangan manusia adalah
a)      Jabatan Imigresen
b)      Polis Diraja Malaysia
c)      Jabatan Tenaga Kerja
d)      Kastam Diraja Malaysia
e)      Penguatkuasa Maritim Malaysia

Walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai mekanisme dalaman bagi membendung jenayah itu, kelemahan di negara asal mangsa untuk mencegah dan mendidik menyebabkan mangsa diperdaya oleh sindiket.Tahap kerjasama daropada orang awam dan agensi penguatkuasa juga masih rendah dan perlu dipertingkatkan.
Kebanyakkan manusia yang dijual ini akan menjadi hamba atau buruh paksa kepada tuannya.Kebanyakkan perempuan yang diseludup ini dijual kepada bapa-bapa ayam yang menjerumuskan mereka ke dalam industry seks.
Kanak-kanak pula:
a)      Diculik untuk khidmat seks atau bekerja tanpa gaji
b)      Dijadikan hamba seumur hidup kepada pengusaha-pengusaha industri perikanan, pembuatan dan perkilangan.
Buruh Kanak-Kanak

Kanak-kanak terpaksa bekerja


RUJUKAN: