Sunday, 30 August 2015

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA

ISU PEMERDAGANGAN MANUSIA


Isu pemerdagangan manusia menjadi isu hangat diperkatakan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kawasan serantau Asia Tenggara.Banyak kejadian pemerdagangan berlaku di rantau Asia Tenggara seperti permindahan organ, permedagangan bayi, hamba abdi, pelacuran dan kerja melebihi had kemanusiaan.
Jabatan Negara Amerika Syarikat menyenaraikan beberapa tahap-tahap keselamatan Negara tentang penyeludupan atau pemerdagangan manusia dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Mengenai Penyeludupan Manusia.
a)      Tahap satu merujuk kepada pematuhan sepenuhnya.
b)      Tahap dua pula bagi usaha yang signifikan untuk mematuhi Akta Perlindungan Pemerdagangan dan Keganasan (TVPA).
c)      Tahap Tiga adalah negara yang tiada usaha untuk mematuhi standard minimum TVPA.

Pada 17 Jun 2009 dalam Laporan Penyeludupan Manusia  2009 Amerika Syarikat-Malaysia bersama-sama 16 negara lain seperti Zimbabwe, Sudan dan Arab Saudi disenaraihitamkan. Malaysia adalah salah satu daripada lima negara ASEAN yang disenarai hitam selain Myanmar, Papua New Guinea ,Fiji dan Korea Utara. Amerika Syarikat menyatakan Malaysia berada pada Dua di dalam Laporan Permerdagangan dan Keganasan (TVPA).Pada tahun 2010 , Amerika Syarikat meletakkan Malaysia pada tahap tiga dalam menangani masalah jenayah pemerdagangan manusia.Laporan TIP menyenaraikan kedudukan negara-negara berdasarkan tahap pematuhan standard minimum bagi memerangi aktiviti permerdagangan manusia.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada tahun 2012 kerajaan Malaysia dikatakan sangat prihatian tentang isu permerdagangan manusia, mengambil pelbagai langkah termasuk meningkatkan siasatan dan mendakwa mereka yang terbabit dalam kes seumpama itu serta menambah latihan pegawai yng terbabit dalam pencegahan dan siasatan.

Laporan Permedagangan Manusia (TIP) oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan kegiatan perdagangan manusia membawa keuntungan antara  AS$1bilion hingga  AS$3 bilion (RM3.5 bilion hingga RM10.5 bilion )setahun .

Malaysia diiktiraf sentiasa komited untuk membanteras jenayah pemerdagangan manusia , termasuk menggubal Akta Antipemerdagangan Orang 2007 dan mewujudkankan Majlis Antipemerdagangan Orang dengan lima jawatankuasa tetap.Kerajaan Malaysia mengambil langkah merangka Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2010-2015 dengan memperketatkan kawalan di sempadan nagara dan mengenal pasti agensi kerajaan serta pihak berkepentingan untuk membasmi jenayah itu secara bersepadu.
5 agensi pembanteras permerdagangan manusia adalah
a)      Jabatan Imigresen
b)      Polis Diraja Malaysia
c)      Jabatan Tenaga Kerja
d)      Kastam Diraja Malaysia
e)      Penguatkuasa Maritim Malaysia

Walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai mekanisme dalaman bagi membendung jenayah itu, kelemahan di negara asal mangsa untuk mencegah dan mendidik menyebabkan mangsa diperdaya oleh sindiket.Tahap kerjasama daropada orang awam dan agensi penguatkuasa juga masih rendah dan perlu dipertingkatkan.
Kebanyakkan manusia yang dijual ini akan menjadi hamba atau buruh paksa kepada tuannya.Kebanyakkan perempuan yang diseludup ini dijual kepada bapa-bapa ayam yang menjerumuskan mereka ke dalam industry seks.
Kanak-kanak pula:
a)      Diculik untuk khidmat seks atau bekerja tanpa gaji
b)      Dijadikan hamba seumur hidup kepada pengusaha-pengusaha industri perikanan, pembuatan dan perkilangan.
Buruh Kanak-Kanak

Kanak-kanak terpaksa bekerja


RUJUKAN:


No comments:

Post a Comment